~PERLU TAHU~

~ Antara ciri-ciri LELAKI IDAMAN..~


1. LELAKI YANG PRIHATIN -

Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI -

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

6. LELAKI YANG PEMURAH -

Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -

Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka. :p





LEMBARAN BARU~

Happy New Year 2012..!!! wahhh...syukur alhamdulillah masih mampu bnapas untuk tahun neh..:') banyak prkare yang aku dah lalui spanjang tahun 2011...conclusion nyer sume PERIT..! tapi keperitan tu mngajar aku ape itu KEHIDUPAN. Perlu lebih sabar...dan sangat berdikari. Aku lalui semua tu dengan tangisan..tu je yang mampu,tapi lepas tu jadi lebih kuat..menangis bukan bermakne kite lemah atau nak perhatian, cukup buat ape yang terbeban kat hati neh terlepas. Kesilapan kite yang dulu wat teladan supaye jadi lebih baek.


!! VACATION BFF !!

Haa...kisah nyer tahun baru neh kami bercuti kat TELOK CHEMPEDAK dek kerane tak balek keyell~ hihi...so spend time la kat sane kan..kteorang sewa hotel tu RM 165.00 for FAMILY 5. Worth it x ..?? so kami pon berkongsi pendapatan memasing kan, bole la kan stakat nak stay sehari tu..:) kami ber'9 huhu...mix dengan classmate boboy yg laen..tapi mereka-mereka itu tido dalam kete sajok sb xde bajet...kesian kan korang..? :P first time la kteorang merase celebrate new year kt sini..bole la,ade jugak lagu2 tekno..huahua..!! lps check in pukol 2 tu kami lepak2 dalam bilik pastu layan hindustan KAL HO NA HO..pastu aku nangis..bole camtu.?? rase macam sebak lak..so x bole nak control la sifat kegadisan aku. kehkeh..then bergolek-golek sampai jam pkul 6 dan mandi time..!! tapi dalam toilet hotel jela,xde plak ase nak tejon dalam laut tu kan..so siap untuk bergedik di pantai!!


taraaaaaa.....




TEHA ~ AKU ~IZA ~BELLA~



itu ZED EFRON aka ZUL



disayangi oleh ECAH...kiki

p/s : time neh nampak NoO aku berisi..OMG


tetibe ade masalah sket nak upload pic laen-laen...aiyokk..

bile dah spend time kt TC neh..release la sket tension tu kan.even x sepenuh nyer. Terime kaseh to all of u guys yang terlibat scare lansung dan tidak lnsong untuk vacation neh. Sayang korang banyak-banyak.. <3


teha <3 iza <3 bella <3 ecah <3 zul <3 erwan <3kemal <3 afiq

and 2 others budak mane ntah...huhu....



Don't walk in front of me, I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Walk beside me and be my friend







































































ME...MYSELF and I

Wink...wink...hye bloggers..!! im new here...ofcoz lah untuk first entry neh kite nak story about our self kan...so aku YAYA..simple ?? xpayah nak tao fully name pon kite still boleh keep in touch kan u olss..? status skrg adalah seorang mahasiswi..wah giteww...lokasi IPTA d'rasia kan. :p
ade 3 siblings..and aku paling ketara kecantikkan semulajadi tu..muahaha.!! sebab kakak aku xde nak up to date sangat...adek laki aku lagi la...mereka simple2 sajek...ade mama and abah yang masih lagi sihat..terima kasih ya Allah...:') aku hargai mereka yang ade dekat sekeliling aku sekarang..tak kira la bagaimana sekali pon perilaku dorang kat aku..tapi kasih sayang tu tetap utuh..aku sensetif...ye..!!! tu paling ketara...sensetif bukan bmaksud aku nak tacing dengan mende2 bodoh...tapi hati aku lembut...kawan aku cakap hati aku bagai SPAN yang diperah-perah.. kehkeh..:) aku ego..pedulik la ape orang nak cakap psl aku kan..aku ego bsebab...aku x suke bile orang pijak kepala aku..tapi kekadang tak bagus jugak..huhu..okeh...aku PENYAYANG..:P ye..betol taw...cube jadi sebahagiaan dari hidop aku..mesti trase sayang tu...muahaha...kalau nak cite sampai besok tak abes..nanti kite sambong lagi...:)