Menempek kat rumah sementare tunggu final exam. Banyak jugak
yang difikirkan antara kehendak keperluan dan suara hati. Hidup ni kalau dikaji
dasar nya cukup mudah, kau bangun tidur kau makan kau membanting tulang empat
kerat tu lalu tidur kembali. Bila mana kau rasa nikmatnya hidup ? Saat orang
lain menebar topi empat segi mereka, kau masih disitu. Perhati gelak tawa
mereka sambil menghitung hari kau. Hari kau boleh berteriak “ aku dah ada
ijazah sekarang “ “ aku berjaya jua” sambil memagut bahu uzur kedua ibubapa.
Aku masih boleh kesat airmata gembira bila aku juga ada kejayaan sendiri walau
tak sebesar mereka. Kadang-kadang lelah mengesat peluh, bukan aku putus asa
cuma aku penat bermula dari bawah. “dah abis belaja ? study lagi ? kau degree
ke ? . Bodoh ! buang masa ! maaf, bukan menempik kau yang bertanya, tapi pada
diri aku. Ya..masalah aku bukan besar nak dicanang kan tapi ini soal masa depan
aku, kawan-kawan seangkatan yang aku fikir bukan semua antara kami yang mahu
meneruskan mencari ilmu. Tidak apa lah, hal mereka biar mereka susun, susunan
aku pun masih harus ditarik dan ditolak menjadi satu. Kadang kala ada waktu
bertakung airmata dek kerana aku punya masa itu kunjungnya lewat. Betul aku tak
dungu tapi mungkin silap percaturan. Kalau aku pilih jalan itu dulu mungkin
senangnya begini kalau pilih jalan sana mungkin tak perlu nafas tersekat
seperti sekarang. Aku dah sahabat masing-masing menabur keringat untuk melihat
masa hadapan sendiri, kau silap kalau kau fikir hidup aku senang kau silap
kalau kau ingat aku bahagia. Tapi ada ketika bila aku berborak dengan kenalan
ini dia mengingatkan aku tentang sesuatu. Apa ? Dia bilang “weh aku tengok kau
bagus la, dari bawah ambil sijil lepas tu diploma then ada rasa nak degree.
Salute kau . Tika itu kau tahu aku rasa apa ? kembang buntut semangkuk. Haha !
kau fikir setiap orang mampu lihat sudut gelap yang kau diami ? tidak ! kalau
kau mahu bercerita soal rezeki itu memang aku tidak mampu sangkalkan. Betul
sama sekali tapi jangan didamba kerja atas kerusi empuk kalau kau hanya
mengangkang setiap hari tunggu surat tawaran kerja jangan didamba kereta Audi
kesukaan kau kalau asyik mengeluh dibibir. Sekarang kerja memang perlu skill,
nak bercerita pasal skill aku juga punya skill. Tapi waktu majikan kau membelek
fail biru yang kau beri diatas meja, kau boleh baca apa yang difikirkan. Kau
pun waktu itu didada berdengup kencang menanti jawapan untuk menabur bakti
disitu. Orang kata untung sabut timbul untung batu tenggelam. Takdir hidup ini
kadang kau perit nak dikunyah ini kan pula kau telan. Betul, hidup kau bukan
mati disitu, mati saat tak diterima kerja, aku faham. Tapi kau lelah. Itu aku
pasti. Aku juga merangka masa depan ku, untuk kedua orang tua, mereka yang
sedarah sedaging serta yang tersayang. Itu semua perlu masa, walau aku sedikit
terkebelakang aku masih makan nasi seperti yang lain. Masih rasa syukur.. Kita
kurang yang itu, kita lebih yang ini. Jenuh pujuk hati yang kadangnya rajuk itu
menjadi-jadi. Mengada. Kelak bila aku ada insan yang memanggil aku Ibu aku akan
didik supaya sekecil itu tahu apa rasa susah apa rasa penat. Tapi bila kau
senang kau mampu meleret senyuman tanpa kesal dengan apa yang kau lalui
terdahulu. Mudahan begitu. Amin .