EX ? paa citaa !!

Entry kali ni takde lah nak tuju kat sesapa pun . just kali ni aku nak share macam mana kite nak elakkan diri daripada EX korang yang konon nak get back gituw ! okey..nak cakap lebih tak berapa nak tahu tapi aku cite based on experience aku sendiri . THE DAY U CLASH : normally ade 2 situasi lah either cara baik or world war . Bagi aku kalau cara baik banyak bende kite boleh cakap before nak buat haluan sendiri tu tapi kalau sebaliknya memang bye-2  laa . untuk situasi aku tak payah cerita lah . ohh ye orang cakap jangan buat keputusan time marah jangan tabur janji bila tengah bahagia. DURING U CLASH : cakap macam-macam lepas kan semua , kalau jenis yang nak maki hamun then jadi maki laa kalau jenis yang cool boleh setel care baik even dah tak nak 1 sama lain , then ade jugak yang dah clash memang terus silent mode each other . itu aku . AFTER CLASH , ade banyak situasi jugak la , yang boleh terima and go on with their own life , ade yang meroyan , yang saiko pun banyak , yang still baik dengan ex dia pun ade . Ehh.. aku paling tak boleh terima nak berbaik maksud nye bukan nak suruh kau putuskan silatulrahim tu just apa yang dah sudah tu sudah lah . Kena fikir kau putus pun bersebab maknanya memang bermasalah kan . lepas kita rasa kite dah maafkan dia and sedar salah kite selain kite pun mintak maaf so tutup cerita . bagi aku kite tak mampu jadi kawan yang baik untuk dia bile kite dah pernah create moment bersama , kite memag tak kan boleh nak tengok dia move on dengan life dia , and aku rasa dari kite rase saket hati, iri hati plus rase dendam better lost contact lagi mulia . Cara bile mana dia datang kembali dalam hidup korang ? nak buat ape beb ? okey ni semua depend on individu laa , kau rase sayang kau nk ulang balik benda yang sama tak kisah lah , orang cakap kalau dah jodoh kan , buruk baik pun pasangan kite . Itu kalau kau single, kalau kau dah ade pengganti lain ? ni paling aku nak tekankan sekali , first kau jangan nak pergunakan orang lain sebab kau frust , tu memang lahaaa perangai . jangan buat kat sape pun . ingat Allah Maha Adil , sekali kau buat orang then orang rase teranainya mohon hadap lah ape berlaku lepas tu . sebenarnya bile kau baru frust relax dulu take a few months nak adapt benda baru jadi sebab kalau kau tak ready lagi buang mase nak get into new relationship . trust me beb , sometimes kite perlu masa untuk diri sendri jugak . Macam jauh pulak kan aku punye elaboration . ok bile kau dah dengan orang lain sekarang and kau sayang relationship tu kau bole ignore je ex kau punye peel nak mengada-ngada tu , perlu fikir pasangan yang ade dengan kite . contoh lebih mudah kau tak payah sangat lah nak friend bagai dekat fb ,twitter and so on pendek kate social network ni , takde makna la . kau tahu life dia and dia tahu life kau . sudah la tuu kau LIKE pulak pic dia . Dah kenapa dengan hidup kau ? pasangan kau kalau takde perasaan je boleh pejam mata , sekali dua tak apalah boleh terima..kite manusia kan tapi kalau lebih ? ape tuu ? 1  part kau dah buat partner kau terasa and kau rase dia fikir ape tentang kau ? sebab benda yang kau pandang remeh nih lah boleh rosakkan relationship . Kau silap lah kalau kau fikir partner kau boleh happy dengan ape kau buat . tu yang dia nampak ? yang tak nampak ? haaa kau nampak kan impak macam mane . Fikir kalau orang buat kat kite macam tu..tak payah nak bajet cool tapi so far aku alhamdulillah memang aku tak pernah nak ade perasaan dengan sejarah lepas malas nak fikir name pun sejarah . Ni bukan time nak cakap soal professional ini kalau kau boleh elak 1 masalah yang boleh jadi haru biru then take action !  Kalau betul sayangkan relationship yang kau ade and nak pergi lagi jauh then buang lah benda-benda tak patut beb..kau boleh buat kalau kau nak . tu je . senangkan . orang sayangkan kite orang percayakan kite hargai lah . senang kan.. then kalau still lagi rase nak seronok dengan layanan ex kau bagi, lepaskan cara baik yang kau ade sekarang . Cuma 1 kena ingat, hidup ni karma . kadang mulut cakap tak tapi hati ? kalau kau senangkan hidup orang lain, In shaa Allah senang jugak perjalanan kau . Moga celik hati dah mata . 


peace ^_^ 





blaa...blaaa

i really want to sleep but my brain won't stop thinking to itself . okey ! masih belum lelap..menyampah betul ! dah berhari-hari macam ni dah macam zaman study pulak haihh . pusing kiri tak kena pusing kanan tak kena . End up wassaping group gegirl aku nak mengadu domba ! haa tu pun kalau ade yang celik mate lagi macam aku .Tapi peratusan dorang nak sedar tu tipis la . haha ! ohh ye a BIG THANKS ! to my bestie TEHA sebab teman semalam . so malam ni malas nak ganggu dia . so kena cari jalan nak isi masa lapang pada waktu sebegini . Normally kalau time macam ni zaman belaja dulu takpe lagi, memang heaven..sebab ramai yang sama dengan je . Roomate aku merangkap teman serta serangga perosak iaitu Izaa !! time macam ni dia dok celik mate lagi layan cite korea . aku pulak tengok movie kat lppy sendiri..tapi tuu kalau dia dah bosan la tpi dia ade satu kelebihan menjadi hardcore stalker !! in da world . aku pun 2x5 tapi level iza lagi champion . nanti kalau dia dapat sumber-sumber yang boleh buat jadi bahan borak or gelak kteorang, dia mule lah panggil aku tengok . HAHA ! dia memang bagus lah bab-bab camneh..korang tahu tak jadi stalker ni bukan sebab kau nak amek tahu hal orang tu sangat pun..and tak jage tepi kain orang..just untuk kepuasan kau sendiri..kalau bende kau tengok tu kau tak suke memang mendapat la ! tak tido malam kau..saket hati punye pasal..hahaha ! tapi kes aku ngan iza ni bukan macam kau pegi sebok-sebok tanye orang tu "weh betol ke ? weh kau ade bf baru ye? and bla..bla..bla..perasaan nak tahu tu je menebal sikit huhu ! bile aku tengok pun aku diam paling tidak bcerita pada ahli-ahli persatuan je .:p ! aku suke membace tau..tapi tu sume perlu mood ! makanya terkubur lah hobi tersebut plus takde buku baru..dengan harapan pengakuan ni adalah lah somebody nak bagi present kan. hihik !  ishh..kadang nak on lappy pun malas..semua cerita dalam simpanan aku semua dah abes tengok ! ok sekarang bole state kebosanan aku tahap berapa ? ok bagus . Hari ni just nak bagitahu rase rindu moment tu semua..rindu setiap satu kenangan . Oh ye..aku online fb tadi tertengok lah 1 status ni..old friend..he's getting married..tomorrow, kalau aku tak on9 maybe aku tak tahu la kot, but its okey im still wishing good thing for ur new life dude ! "SELAMAT PENGANTIN BARU BAIN" . doa yang terbaik untuk semua..mudahan orang doa kan kita benda yang sama kan ? aamin . :)

Unsolved

Lately memang payah nak tidur, nak cakap insomnia tak sampai la tahap 2.,3 hari tak tidur . ok tadi pagi ade call untuk interview kat Mid Valley, aku mamai la tengah tidur . elehh yang jadi penggangur macam aku mane bangun awal sama je kita kann . ok then lepas dah talk-talk dengan Janice we decide to meet up on Friday ! Pengulu segala hari mudahan berjalan lancar . Aamin . Dapat tak dapat tu belakang cerita even dia cakap position aku mintak tu dah full then nak campak aku kat logistic department, ok tak kisah pun dah rezeki kan pergi jela . Aku dok tunggu kerja ni bukan ape lah banyak bende nak buat beb . First sekali memang nak merasa lah duit sendiri dah tak nak mintak kat orang, macam bebudak pulak. Aku memang suka cari duit sendiri sebab rasa kepuasan sendiri even mase sebelum sambung belaja pun aku keje .Sebenarnya banyak benda lah aku dah create untuk a few years ahead . senyum bila fikir sebab rasa manis sebab rasa tak sabar. But is not easy likes we think . When u realize something wrong somewhere u will felt it . Aku percaya setiap ape pun kita buat mesti ade yang buat kite kuat tak kisah la either is "quote" or someone . Aku pun ada . Tapi pernah tak fikir bila apa yang jadi penyuntik semangat tu hilang..lesap tetibe . Mesti rasa goyah kan nak jatuh apatah lagi .sedih jangan cakap . ok zzZZZ 

Waktu Ini .


Menempek kat rumah sementare tunggu final exam. Banyak jugak yang difikirkan antara kehendak keperluan dan suara hati. Hidup ni kalau dikaji dasar nya cukup mudah, kau bangun tidur kau makan kau membanting tulang empat kerat tu lalu tidur kembali. Bila mana kau rasa nikmatnya hidup ? Saat orang lain menebar topi empat segi mereka, kau masih disitu. Perhati gelak tawa mereka sambil menghitung hari kau. Hari kau boleh berteriak “ aku dah ada ijazah sekarang “ “ aku berjaya jua” sambil memagut bahu uzur kedua ibubapa. Aku masih boleh kesat airmata gembira bila aku juga ada kejayaan sendiri walau tak sebesar mereka. Kadang-kadang lelah mengesat peluh, bukan aku putus asa cuma aku penat bermula dari bawah. “dah abis belaja ? study lagi ? kau degree ke ? . Bodoh ! buang masa ! maaf, bukan menempik kau yang bertanya, tapi pada diri aku. Ya..masalah aku bukan besar nak dicanang kan tapi ini soal masa depan aku, kawan-kawan seangkatan yang aku fikir bukan semua antara kami yang mahu meneruskan mencari ilmu. Tidak apa lah, hal mereka biar mereka susun, susunan aku pun masih harus ditarik dan ditolak menjadi satu. Kadang kala ada waktu bertakung airmata dek kerana aku punya masa itu kunjungnya lewat. Betul aku tak dungu tapi mungkin silap percaturan. Kalau aku pilih jalan itu dulu mungkin senangnya begini kalau pilih jalan sana mungkin tak perlu nafas tersekat seperti sekarang. Aku dah sahabat masing-masing menabur keringat untuk melihat masa hadapan sendiri, kau silap kalau kau fikir hidup aku senang kau silap kalau kau ingat aku bahagia. Tapi ada ketika bila aku berborak dengan kenalan ini dia mengingatkan aku tentang sesuatu. Apa ? Dia bilang “weh aku tengok kau bagus la, dari bawah ambil sijil lepas tu diploma then ada rasa nak degree. Salute kau . Tika itu kau tahu aku rasa apa ? kembang buntut semangkuk. Haha ! kau fikir setiap orang mampu lihat sudut gelap yang kau diami ? tidak ! kalau kau mahu bercerita soal rezeki itu memang aku tidak mampu sangkalkan. Betul sama sekali tapi jangan didamba kerja atas kerusi empuk kalau kau hanya mengangkang setiap hari tunggu surat tawaran kerja jangan didamba kereta Audi kesukaan kau kalau asyik mengeluh dibibir. Sekarang kerja memang perlu skill, nak bercerita pasal skill aku juga punya skill. Tapi waktu majikan kau membelek fail biru yang kau beri diatas meja, kau boleh baca apa yang difikirkan. Kau pun waktu itu didada berdengup kencang menanti jawapan untuk menabur bakti disitu. Orang kata untung sabut timbul untung batu tenggelam. Takdir hidup ini kadang kau perit nak dikunyah ini kan pula kau telan. Betul, hidup kau bukan mati disitu, mati saat tak diterima kerja, aku faham. Tapi kau lelah. Itu aku pasti. Aku juga merangka masa depan ku, untuk kedua orang tua, mereka yang sedarah sedaging serta yang tersayang. Itu semua perlu masa, walau aku sedikit terkebelakang aku masih makan nasi seperti yang lain. Masih rasa syukur.. Kita kurang yang itu, kita lebih yang ini. Jenuh pujuk hati yang kadangnya rajuk itu menjadi-jadi. Mengada. Kelak bila aku ada insan yang memanggil aku Ibu aku akan didik supaya sekecil itu tahu apa rasa susah apa rasa penat. Tapi bila kau senang kau mampu meleret senyuman tanpa kesal dengan apa yang kau lalui terdahulu. Mudahan begitu. Amin .