EX ? paa citaa !!

Entry kali ni takde lah nak tuju kat sesapa pun . just kali ni aku nak share macam mana kite nak elakkan diri daripada EX korang yang konon nak get back gituw ! okey..nak cakap lebih tak berapa nak tahu tapi aku cite based on experience aku sendiri . THE DAY U CLASH : normally ade 2 situasi lah either cara baik or world war . Bagi aku kalau cara baik banyak bende kite boleh cakap before nak buat haluan sendiri tu tapi kalau sebaliknya memang bye-2  laa . untuk situasi aku tak payah cerita lah . ohh ye orang cakap jangan buat keputusan time marah jangan tabur janji bila tengah bahagia. DURING U CLASH : cakap macam-macam lepas kan semua , kalau jenis yang nak maki hamun then jadi maki laa kalau jenis yang cool boleh setel care baik even dah tak nak 1 sama lain , then ade jugak yang dah clash memang terus silent mode each other . itu aku . AFTER CLASH , ade banyak situasi jugak la , yang boleh terima and go on with their own life , ade yang meroyan , yang saiko pun banyak , yang still baik dengan ex dia pun ade . Ehh.. aku paling tak boleh terima nak berbaik maksud nye bukan nak suruh kau putuskan silatulrahim tu just apa yang dah sudah tu sudah lah . Kena fikir kau putus pun bersebab maknanya memang bermasalah kan . lepas kita rasa kite dah maafkan dia and sedar salah kite selain kite pun mintak maaf so tutup cerita . bagi aku kite tak mampu jadi kawan yang baik untuk dia bile kite dah pernah create moment bersama , kite memag tak kan boleh nak tengok dia move on dengan life dia , and aku rasa dari kite rase saket hati, iri hati plus rase dendam better lost contact lagi mulia . Cara bile mana dia datang kembali dalam hidup korang ? nak buat ape beb ? okey ni semua depend on individu laa , kau rase sayang kau nk ulang balik benda yang sama tak kisah lah , orang cakap kalau dah jodoh kan , buruk baik pun pasangan kite . Itu kalau kau single, kalau kau dah ade pengganti lain ? ni paling aku nak tekankan sekali , first kau jangan nak pergunakan orang lain sebab kau frust , tu memang lahaaa perangai . jangan buat kat sape pun . ingat Allah Maha Adil , sekali kau buat orang then orang rase teranainya mohon hadap lah ape berlaku lepas tu . sebenarnya bile kau baru frust relax dulu take a few months nak adapt benda baru jadi sebab kalau kau tak ready lagi buang mase nak get into new relationship . trust me beb , sometimes kite perlu masa untuk diri sendri jugak . Macam jauh pulak kan aku punye elaboration . ok bile kau dah dengan orang lain sekarang and kau sayang relationship tu kau bole ignore je ex kau punye peel nak mengada-ngada tu , perlu fikir pasangan yang ade dengan kite . contoh lebih mudah kau tak payah sangat lah nak friend bagai dekat fb ,twitter and so on pendek kate social network ni , takde makna la . kau tahu life dia and dia tahu life kau . sudah la tuu kau LIKE pulak pic dia . Dah kenapa dengan hidup kau ? pasangan kau kalau takde perasaan je boleh pejam mata , sekali dua tak apalah boleh terima..kite manusia kan tapi kalau lebih ? ape tuu ? 1  part kau dah buat partner kau terasa and kau rase dia fikir ape tentang kau ? sebab benda yang kau pandang remeh nih lah boleh rosakkan relationship . Kau silap lah kalau kau fikir partner kau boleh happy dengan ape kau buat . tu yang dia nampak ? yang tak nampak ? haaa kau nampak kan impak macam mane . Fikir kalau orang buat kat kite macam tu..tak payah nak bajet cool tapi so far aku alhamdulillah memang aku tak pernah nak ade perasaan dengan sejarah lepas malas nak fikir name pun sejarah . Ni bukan time nak cakap soal professional ini kalau kau boleh elak 1 masalah yang boleh jadi haru biru then take action !  Kalau betul sayangkan relationship yang kau ade and nak pergi lagi jauh then buang lah benda-benda tak patut beb..kau boleh buat kalau kau nak . tu je . senangkan . orang sayangkan kite orang percayakan kite hargai lah . senang kan.. then kalau still lagi rase nak seronok dengan layanan ex kau bagi, lepaskan cara baik yang kau ade sekarang . Cuma 1 kena ingat, hidup ni karma . kadang mulut cakap tak tapi hati ? kalau kau senangkan hidup orang lain, In shaa Allah senang jugak perjalanan kau . Moga celik hati dah mata . 


peace ^_^ 





blaa...blaaa

i really want to sleep but my brain won't stop thinking to itself . okey ! masih belum lelap..menyampah betul ! dah berhari-hari macam ni dah macam zaman study pulak haihh . pusing kiri tak kena pusing kanan tak kena . End up wassaping group gegirl aku nak mengadu domba ! haa tu pun kalau ade yang celik mate lagi macam aku .Tapi peratusan dorang nak sedar tu tipis la . haha ! ohh ye a BIG THANKS ! to my bestie TEHA sebab teman semalam . so malam ni malas nak ganggu dia . so kena cari jalan nak isi masa lapang pada waktu sebegini . Normally kalau time macam ni zaman belaja dulu takpe lagi, memang heaven..sebab ramai yang sama dengan je . Roomate aku merangkap teman serta serangga perosak iaitu Izaa !! time macam ni dia dok celik mate lagi layan cite korea . aku pulak tengok movie kat lppy sendiri..tapi tuu kalau dia dah bosan la tpi dia ade satu kelebihan menjadi hardcore stalker !! in da world . aku pun 2x5 tapi level iza lagi champion . nanti kalau dia dapat sumber-sumber yang boleh buat jadi bahan borak or gelak kteorang, dia mule lah panggil aku tengok . HAHA ! dia memang bagus lah bab-bab camneh..korang tahu tak jadi stalker ni bukan sebab kau nak amek tahu hal orang tu sangat pun..and tak jage tepi kain orang..just untuk kepuasan kau sendiri..kalau bende kau tengok tu kau tak suke memang mendapat la ! tak tido malam kau..saket hati punye pasal..hahaha ! tapi kes aku ngan iza ni bukan macam kau pegi sebok-sebok tanye orang tu "weh betol ke ? weh kau ade bf baru ye? and bla..bla..bla..perasaan nak tahu tu je menebal sikit huhu ! bile aku tengok pun aku diam paling tidak bcerita pada ahli-ahli persatuan je .:p ! aku suke membace tau..tapi tu sume perlu mood ! makanya terkubur lah hobi tersebut plus takde buku baru..dengan harapan pengakuan ni adalah lah somebody nak bagi present kan. hihik !  ishh..kadang nak on lappy pun malas..semua cerita dalam simpanan aku semua dah abes tengok ! ok sekarang bole state kebosanan aku tahap berapa ? ok bagus . Hari ni just nak bagitahu rase rindu moment tu semua..rindu setiap satu kenangan . Oh ye..aku online fb tadi tertengok lah 1 status ni..old friend..he's getting married..tomorrow, kalau aku tak on9 maybe aku tak tahu la kot, but its okey im still wishing good thing for ur new life dude ! "SELAMAT PENGANTIN BARU BAIN" . doa yang terbaik untuk semua..mudahan orang doa kan kita benda yang sama kan ? aamin . :)

Unsolved

Lately memang payah nak tidur, nak cakap insomnia tak sampai la tahap 2.,3 hari tak tidur . ok tadi pagi ade call untuk interview kat Mid Valley, aku mamai la tengah tidur . elehh yang jadi penggangur macam aku mane bangun awal sama je kita kann . ok then lepas dah talk-talk dengan Janice we decide to meet up on Friday ! Pengulu segala hari mudahan berjalan lancar . Aamin . Dapat tak dapat tu belakang cerita even dia cakap position aku mintak tu dah full then nak campak aku kat logistic department, ok tak kisah pun dah rezeki kan pergi jela . Aku dok tunggu kerja ni bukan ape lah banyak bende nak buat beb . First sekali memang nak merasa lah duit sendiri dah tak nak mintak kat orang, macam bebudak pulak. Aku memang suka cari duit sendiri sebab rasa kepuasan sendiri even mase sebelum sambung belaja pun aku keje .Sebenarnya banyak benda lah aku dah create untuk a few years ahead . senyum bila fikir sebab rasa manis sebab rasa tak sabar. But is not easy likes we think . When u realize something wrong somewhere u will felt it . Aku percaya setiap ape pun kita buat mesti ade yang buat kite kuat tak kisah la either is "quote" or someone . Aku pun ada . Tapi pernah tak fikir bila apa yang jadi penyuntik semangat tu hilang..lesap tetibe . Mesti rasa goyah kan nak jatuh apatah lagi .sedih jangan cakap . ok zzZZZ 

Waktu Ini .


Menempek kat rumah sementare tunggu final exam. Banyak jugak yang difikirkan antara kehendak keperluan dan suara hati. Hidup ni kalau dikaji dasar nya cukup mudah, kau bangun tidur kau makan kau membanting tulang empat kerat tu lalu tidur kembali. Bila mana kau rasa nikmatnya hidup ? Saat orang lain menebar topi empat segi mereka, kau masih disitu. Perhati gelak tawa mereka sambil menghitung hari kau. Hari kau boleh berteriak “ aku dah ada ijazah sekarang “ “ aku berjaya jua” sambil memagut bahu uzur kedua ibubapa. Aku masih boleh kesat airmata gembira bila aku juga ada kejayaan sendiri walau tak sebesar mereka. Kadang-kadang lelah mengesat peluh, bukan aku putus asa cuma aku penat bermula dari bawah. “dah abis belaja ? study lagi ? kau degree ke ? . Bodoh ! buang masa ! maaf, bukan menempik kau yang bertanya, tapi pada diri aku. Ya..masalah aku bukan besar nak dicanang kan tapi ini soal masa depan aku, kawan-kawan seangkatan yang aku fikir bukan semua antara kami yang mahu meneruskan mencari ilmu. Tidak apa lah, hal mereka biar mereka susun, susunan aku pun masih harus ditarik dan ditolak menjadi satu. Kadang kala ada waktu bertakung airmata dek kerana aku punya masa itu kunjungnya lewat. Betul aku tak dungu tapi mungkin silap percaturan. Kalau aku pilih jalan itu dulu mungkin senangnya begini kalau pilih jalan sana mungkin tak perlu nafas tersekat seperti sekarang. Aku dah sahabat masing-masing menabur keringat untuk melihat masa hadapan sendiri, kau silap kalau kau fikir hidup aku senang kau silap kalau kau ingat aku bahagia. Tapi ada ketika bila aku berborak dengan kenalan ini dia mengingatkan aku tentang sesuatu. Apa ? Dia bilang “weh aku tengok kau bagus la, dari bawah ambil sijil lepas tu diploma then ada rasa nak degree. Salute kau . Tika itu kau tahu aku rasa apa ? kembang buntut semangkuk. Haha ! kau fikir setiap orang mampu lihat sudut gelap yang kau diami ? tidak ! kalau kau mahu bercerita soal rezeki itu memang aku tidak mampu sangkalkan. Betul sama sekali tapi jangan didamba kerja atas kerusi empuk kalau kau hanya mengangkang setiap hari tunggu surat tawaran kerja jangan didamba kereta Audi kesukaan kau kalau asyik mengeluh dibibir. Sekarang kerja memang perlu skill, nak bercerita pasal skill aku juga punya skill. Tapi waktu majikan kau membelek fail biru yang kau beri diatas meja, kau boleh baca apa yang difikirkan. Kau pun waktu itu didada berdengup kencang menanti jawapan untuk menabur bakti disitu. Orang kata untung sabut timbul untung batu tenggelam. Takdir hidup ini kadang kau perit nak dikunyah ini kan pula kau telan. Betul, hidup kau bukan mati disitu, mati saat tak diterima kerja, aku faham. Tapi kau lelah. Itu aku pasti. Aku juga merangka masa depan ku, untuk kedua orang tua, mereka yang sedarah sedaging serta yang tersayang. Itu semua perlu masa, walau aku sedikit terkebelakang aku masih makan nasi seperti yang lain. Masih rasa syukur.. Kita kurang yang itu, kita lebih yang ini. Jenuh pujuk hati yang kadangnya rajuk itu menjadi-jadi. Mengada. Kelak bila aku ada insan yang memanggil aku Ibu aku akan didik supaya sekecil itu tahu apa rasa susah apa rasa penat. Tapi bila kau senang kau mampu meleret senyuman tanpa kesal dengan apa yang kau lalui terdahulu. Mudahan begitu. Amin .




LOVE THIS ~




hang out with girldfriendS just because of diz !! awesome sangat ending part 2 neh. Okey tersebak time BELLA recall balek time dia dengan EDWARD starting they first meet ! rase macam sweet gile bile buat macam tu, tu part yang buat semua orang fokus..da la tu background music pulak lagu Thousand Years tu hamekk kau..bogonang ayo mato den heee..tak sie-sie la kan follow cite neh dari dulu :D

credit for this ! <3

SEGAMAT


since dah nak dekat setahun stay dekat Muadzam Shah ni kan..so agak-agak ape aktiviti aku dengan kawan-kawan buat kat sini ? okey..selain dari mengisi masa terluang menghabis kan duit pinjaman dekat Kuantan nun...ade satu tempat lagi yang rase nye macam pekan koboi jugak la..disebabkan tempat kami neh dah sempadan Rompin so mesti dah nak masuk area Johor kan..tapi daerah yang dekat SEGAMAT je !
cerita pasal segamat neh..sebenar nye selalu jadi pilihan terakhir bebudak kat sini pegi sane semate-mate cari tiket bus..nak jadi cerita dalam bulan 7 macam tu kot..teringin pegi sane, nak tahu jugak la kan kalau ade somthing yang menarik nak explore. Ternyate sangat pishangg di sane !! conclusion nye belanja girlfriends makan ! ( sebab dah janji punye pasal ) :p



neh je mampu u olss


lepas tu kan dah tak tahu nak pegi mane...kaedah nye balek Muadzam lepas tu singgah pasar malam heee lapar lagi ! tapi again dalam bulan puasa hari tu ade pegi lagi sebab nak ke IPOH punye pasal..so kene naek dari sane kalau nak pegi arah utara..penat tau..ade la dekat 7 jam.. :(.  Mase tu pegi berdua dengan TEHA..one of my girlfriends hihi..kire ade la teman kan..xde takot sangat..shopping complex kat segamat tu baru lagi bukak so xde ape yang menarik, kami sanggup naik teksi dengan rm 10 pegi pekan segamat tu dari stesen bus, adelah dalam 15 minit nak cari juadah berbuka punye pasal, yela dah alang-alang ke sane nak tengok la jugak bazar romadhon tu macam mane ~










besar jugak la kan...rase nye neh antare yang terbesar kat area segamat..orang pon ramai. Banyak choice tapi tak tahu nak beli ape..nafsu menguasai diri.bukan bulan puase pon selalu je macam tu kehkeh !





+ Positive +






Assalamulaikum... ! :) okeyy...bersarang suda belog ini kan, busy kah aku ? yesss...of course, banyak sangat hal nak setel lepas raya puasa hari tu. Tak tahu nak start cerita dari mana neh..okey start dengan amali final dekat Cameron Hinglands la eh ? setelah berhempas serta pulas tenaga dan mase buat survey dekat sana early of Sept hari tu, lagi pulak jadi Assistance Manager..semua atas kepale saye !! finally !! pegi jugak lah jadi tour guide...berhabuk u olss mak cakap omputeh depan lecturer.. ! HAHA punya ketaq lutut laaa...gagah jugak lah kan sebab nak markah punye pasal ! puas hati lah kot..tapi rase nye boleh deliver lagi baek :) tapi sebelum tu dah busy pasal event softskill...kami buat tema 
~ BACK TO SCHOOL ~ menjadi jugak lah kan..everybody take part in this event..ade yang menyanyi, berlakon lepas tu menari...haa...yang tu part aku..heheh ! dah lame tau tinggal skill-2 menari traditional bagai neh..kalau menari cucuk-cucuk langit tuu...expert laa ! HAHA serius enjoy lah malam tu..bile lagi kan nak create moment macam tu..classmate pon sporting,,best ! dari yang ikut skrip terus jadi spontan..pandai-pandai dorang tambah dialong..ishh..bebudak neh memang lawak abes..lecturer pon gelak mengekek kat meje makan tu aku tengok..means dorang terhibur..tu je main point kami ! heee thank you for coming :)


MARINE ouh MARINE 


macam best kan marine tuu..ha ye best ! kite snorkeling, mancing lepas tu dingy then kayak ! tu antara test marine kami dekat pantai bernas ROMPIN. Penat jugak laa tapi tak teruk sangat, banyak time rehat borak-borak, gelak-gelak..2 hari berulang alik dari poli ke sane, pukul 7 dah gerak..ohh myyy ! mengantok tak payah cakap..sambong tido dalam bus lah kaedah nye ! tapi aku susah nak lelap mate kalau dah terjage so tengok tepi tingkap lepas tu layan lagu sampai bus berhenti..bermulaa lahhh segala aktiviti tersebut..lepas sorang lepas tu sorang lepas tu balek ! yang neh aku suka..sambong tido atas katil zzZZZ




PERJALANAN YANG TERHENTI



Sesuatu benda yang kite buat dalam dunia neh..mesti kite nak ia berjaye, berjalan dengan lancar dan paling penting buat kite bahagia ! melalui hari-hari yang baru neh bukan senang,,tipu kalau dalam hati tak tercuit lansung dengan ape yang jadi..tapi kite belajar terime sesuatu kejadian dengan hati terbuka..redha ! tu lah yang aku buat sampai saat neh..tak perlu dah nak menagis sebab selama neh airmata tu tak terganti dengan something yang bagus ! sangat rugi aku pada ketika itu..padahal dah lame patut angkat kaki..tinggal kan manusia yang tak mengenal erti syukur dan hargai orang lain..kat sini tak ada niat nak libatkan hedop sesiapa tapi kat sini je rasanya yang dia akan paham kenapa,apa,bagaimana aku sekarang..memang..soal hati perasaan tak siapa boleh halang..cube tanye opah korang..mesti cakap bende yang same..ini untuk dia,.... sama ada dia tengok or tak tengok itu episod laen..





~ lame rase nya tak bercakap kan..since saye balek dari sana...last kite b'bual pasal excident tu..then entah apa salah saye awak kite ikot haluan masing-masing..habis yang selama neh haluan ape saye ekot ?? tapi tak pelah dan respond saye OK...lepas dari hari tuu..saye tak respon lansung mesej yang awak bagi..untuk pengetahuan awak lah kan..mase saye call pasal excident tu..saye baru sampai asrama..duduk pon tak lagi..nak teguk air jauh sekali lah...jauh perjalanan saye...penat saye..tahu tak kenapa sampai sekarang saya diam tak cakap pape lansung..sebab awak dah BERUBAH..terlalu berubah...saye tak kenal siapa awak..dan paling penting awak dah ade "kehidupan" lain. saye tahu dan sebenarnya dah lame tahu sebelum datang tengok awak lagi..tapi saje buat sadin...sayang punye pasal saye sedap kan hati sendiri..pujuk hati buat buat cool..AINA bagi tahu pasal hari exam dia..dan kali neh awak dapat jawap exam kan ! kalau dulu mase awak saket...pagi tu saye mesej FIKA tanya awak pegi ke tak..tapi dia cakap tak..awak...saye menagis hari tuu...menangis sebab cita-cita awak tersekat ! risau nye pasal mase depan awak..saye harap awak pegi pagi tu..ye saye berharap sangat,,tapi tak..hampa nya saye Tuhan je tahu..tapi Allah Maha Adil..awak dapat peluang tu lagi sekarang..bagus lah..terus kan kehidupan awak..walau tanpa saye..bukan saye yang nak semua neh berakhir..bukan saye yang buang awak..bukan saye yang berubah sampai saat neh !jadi, bile selangkah awak pergi dari ruang hidup saye untuk orang lain..jangan datang lagi..hentikan segala mesej atau apa segala berkaitan saye...tak ada ruang KEMAAFAN untuk awak..sampai bila-bila...cakap lah saya kejam pun..dan bile awak fikir balek awak akan tahu siapa lagi kejam..tu pon kalau awak nak fikir..family banyak tolong positive kan hidup saye..kawan-kawan lagi lahh...bahagia...paling penting saya tak pernah KHIANAT awak macam mane awak buat saye...sile pergi..

terima kasih :)






SAYE OKEY !

Hye guys ! lame gile rase tak update belog ! nak kate takde mase,ade ! nak kate bizi ? non ado aku bizi ~ btw, aku bukan hardcore blogger, so kekadang je rase nak buat luahan perasaan kat sini. Bulan-bulan yang lepas kan sangat mnguji mental dan urat-urat sendi yang ade, mane lagi dengan final aku, masalah dalaman yang tak berape nak dalam, dengan si DIA lagi. Aku stress..tekanan perasaan tapi wat lek wat piss thank GOD ! aku masih bole kawal diri..alhamdulillah :) 





tadi mukadimah neh baru nak masok entry betol


Bile masalah tu datang, some of people around me told that im a stronger enough to facing the true ~ xde makne ok..aku manusia biasa, aku lemah, aku meraung kadang-kadang. Aku tak kate aku bagus atau dalam erti kate laen stok suci tapi  aku jugak ciptaan tuhan, malah aku muslimah dan atas name itu aku tadah tangan pada yg SATU, aku menangis saat hati ni dah tak mampu nak tanggung semua mohan supaya semua jadi sedia kale, macam sebelum neh walaupun tak perfect mane. Alhamdulillah..makbul doa neh, ade perubahan sikit, mampu buat aku tersenyum macam selalu even tak selebar mane tapi aku puas ! hari-hari aku lalui macam biasa..ade orang tersayang yang dah lama aku nanti :') ( sebak ) kalau bole aku tunjuk rasa sayang pada dia dengan care kelua kan hati neh..aku buat ! tapi ingat sinetron indon ke nak buat macam tu bagai. Dulu mase dia hadir dalam hidup neh..aku terima dengan hati terbuka,dan aku tak sangke hubungan neh berlanjutan malah makin sayang !! Aku tak tipu..aku ikhlas, aku tak pernah maen-maen. Aku sangat ter'uji dengan hubungan neh..aku makin matang dengan semua yang datang tapi aku tak pasti kalau dia ? dalam erti kata laen rase ~terbuang~ macam tak wujud sejak akhir-akhir neh. Ouh ye..aku rase aku cukup memahami cume mugkin kadang-kadang manusia neh dia kabur :) tak ape..aku cume tak dapat tahan satu perasaan neh..yang aku pikir aku bole kongsi dengan dia, yang dapat dia paham yang dapat dia hargai.. 


< RINDU >

CINTA ADALAH DISAAT DIA TIDAK MEMPEDULIKAN KAMU TAPI KAMU MASIH MENUNGGUNYA DENGAN SETIA


~PERLU TAHU~

~ Antara ciri-ciri LELAKI IDAMAN..~


1. LELAKI YANG PRIHATIN -

Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI -

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

6. LELAKI YANG PEMURAH -

Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -

Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka. :p





LEMBARAN BARU~

Happy New Year 2012..!!! wahhh...syukur alhamdulillah masih mampu bnapas untuk tahun neh..:') banyak prkare yang aku dah lalui spanjang tahun 2011...conclusion nyer sume PERIT..! tapi keperitan tu mngajar aku ape itu KEHIDUPAN. Perlu lebih sabar...dan sangat berdikari. Aku lalui semua tu dengan tangisan..tu je yang mampu,tapi lepas tu jadi lebih kuat..menangis bukan bermakne kite lemah atau nak perhatian, cukup buat ape yang terbeban kat hati neh terlepas. Kesilapan kite yang dulu wat teladan supaye jadi lebih baek.


!! VACATION BFF !!

Haa...kisah nyer tahun baru neh kami bercuti kat TELOK CHEMPEDAK dek kerane tak balek keyell~ hihi...so spend time la kat sane kan..kteorang sewa hotel tu RM 165.00 for FAMILY 5. Worth it x ..?? so kami pon berkongsi pendapatan memasing kan, bole la kan stakat nak stay sehari tu..:) kami ber'9 huhu...mix dengan classmate boboy yg laen..tapi mereka-mereka itu tido dalam kete sajok sb xde bajet...kesian kan korang..? :P first time la kteorang merase celebrate new year kt sini..bole la,ade jugak lagu2 tekno..huahua..!! lps check in pukol 2 tu kami lepak2 dalam bilik pastu layan hindustan KAL HO NA HO..pastu aku nangis..bole camtu.?? rase macam sebak lak..so x bole nak control la sifat kegadisan aku. kehkeh..then bergolek-golek sampai jam pkul 6 dan mandi time..!! tapi dalam toilet hotel jela,xde plak ase nak tejon dalam laut tu kan..so siap untuk bergedik di pantai!!


taraaaaaa.....




TEHA ~ AKU ~IZA ~BELLA~



itu ZED EFRON aka ZUL



disayangi oleh ECAH...kiki

p/s : time neh nampak NoO aku berisi..OMG


tetibe ade masalah sket nak upload pic laen-laen...aiyokk..

bile dah spend time kt TC neh..release la sket tension tu kan.even x sepenuh nyer. Terime kaseh to all of u guys yang terlibat scare lansung dan tidak lnsong untuk vacation neh. Sayang korang banyak-banyak.. <3


teha <3 iza <3 bella <3 ecah <3 zul <3 erwan <3kemal <3 afiq

and 2 others budak mane ntah...huhu....



Don't walk in front of me, I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Walk beside me and be my friend







































































ME...MYSELF and I

Wink...wink...hye bloggers..!! im new here...ofcoz lah untuk first entry neh kite nak story about our self kan...so aku YAYA..simple ?? xpayah nak tao fully name pon kite still boleh keep in touch kan u olss..? status skrg adalah seorang mahasiswi..wah giteww...lokasi IPTA d'rasia kan. :p
ade 3 siblings..and aku paling ketara kecantikkan semulajadi tu..muahaha.!! sebab kakak aku xde nak up to date sangat...adek laki aku lagi la...mereka simple2 sajek...ade mama and abah yang masih lagi sihat..terima kasih ya Allah...:') aku hargai mereka yang ade dekat sekeliling aku sekarang..tak kira la bagaimana sekali pon perilaku dorang kat aku..tapi kasih sayang tu tetap utuh..aku sensetif...ye..!!! tu paling ketara...sensetif bukan bmaksud aku nak tacing dengan mende2 bodoh...tapi hati aku lembut...kawan aku cakap hati aku bagai SPAN yang diperah-perah.. kehkeh..:) aku ego..pedulik la ape orang nak cakap psl aku kan..aku ego bsebab...aku x suke bile orang pijak kepala aku..tapi kekadang tak bagus jugak..huhu..okeh...aku PENYAYANG..:P ye..betol taw...cube jadi sebahagiaan dari hidop aku..mesti trase sayang tu...muahaha...kalau nak cite sampai besok tak abes..nanti kite sambong lagi...:)