Unsolved

Lately memang payah nak tidur, nak cakap insomnia tak sampai la tahap 2.,3 hari tak tidur . ok tadi pagi ade call untuk interview kat Mid Valley, aku mamai la tengah tidur . elehh yang jadi penggangur macam aku mane bangun awal sama je kita kann . ok then lepas dah talk-talk dengan Janice we decide to meet up on Friday ! Pengulu segala hari mudahan berjalan lancar . Aamin . Dapat tak dapat tu belakang cerita even dia cakap position aku mintak tu dah full then nak campak aku kat logistic department, ok tak kisah pun dah rezeki kan pergi jela . Aku dok tunggu kerja ni bukan ape lah banyak bende nak buat beb . First sekali memang nak merasa lah duit sendiri dah tak nak mintak kat orang, macam bebudak pulak. Aku memang suka cari duit sendiri sebab rasa kepuasan sendiri even mase sebelum sambung belaja pun aku keje .Sebenarnya banyak benda lah aku dah create untuk a few years ahead . senyum bila fikir sebab rasa manis sebab rasa tak sabar. But is not easy likes we think . When u realize something wrong somewhere u will felt it . Aku percaya setiap ape pun kita buat mesti ade yang buat kite kuat tak kisah la either is "quote" or someone . Aku pun ada . Tapi pernah tak fikir bila apa yang jadi penyuntik semangat tu hilang..lesap tetibe . Mesti rasa goyah kan nak jatuh apatah lagi .sedih jangan cakap . ok zzZZZ 

Waktu Ini .


Menempek kat rumah sementare tunggu final exam. Banyak jugak yang difikirkan antara kehendak keperluan dan suara hati. Hidup ni kalau dikaji dasar nya cukup mudah, kau bangun tidur kau makan kau membanting tulang empat kerat tu lalu tidur kembali. Bila mana kau rasa nikmatnya hidup ? Saat orang lain menebar topi empat segi mereka, kau masih disitu. Perhati gelak tawa mereka sambil menghitung hari kau. Hari kau boleh berteriak “ aku dah ada ijazah sekarang “ “ aku berjaya jua” sambil memagut bahu uzur kedua ibubapa. Aku masih boleh kesat airmata gembira bila aku juga ada kejayaan sendiri walau tak sebesar mereka. Kadang-kadang lelah mengesat peluh, bukan aku putus asa cuma aku penat bermula dari bawah. “dah abis belaja ? study lagi ? kau degree ke ? . Bodoh ! buang masa ! maaf, bukan menempik kau yang bertanya, tapi pada diri aku. Ya..masalah aku bukan besar nak dicanang kan tapi ini soal masa depan aku, kawan-kawan seangkatan yang aku fikir bukan semua antara kami yang mahu meneruskan mencari ilmu. Tidak apa lah, hal mereka biar mereka susun, susunan aku pun masih harus ditarik dan ditolak menjadi satu. Kadang kala ada waktu bertakung airmata dek kerana aku punya masa itu kunjungnya lewat. Betul aku tak dungu tapi mungkin silap percaturan. Kalau aku pilih jalan itu dulu mungkin senangnya begini kalau pilih jalan sana mungkin tak perlu nafas tersekat seperti sekarang. Aku dah sahabat masing-masing menabur keringat untuk melihat masa hadapan sendiri, kau silap kalau kau fikir hidup aku senang kau silap kalau kau ingat aku bahagia. Tapi ada ketika bila aku berborak dengan kenalan ini dia mengingatkan aku tentang sesuatu. Apa ? Dia bilang “weh aku tengok kau bagus la, dari bawah ambil sijil lepas tu diploma then ada rasa nak degree. Salute kau . Tika itu kau tahu aku rasa apa ? kembang buntut semangkuk. Haha ! kau fikir setiap orang mampu lihat sudut gelap yang kau diami ? tidak ! kalau kau mahu bercerita soal rezeki itu memang aku tidak mampu sangkalkan. Betul sama sekali tapi jangan didamba kerja atas kerusi empuk kalau kau hanya mengangkang setiap hari tunggu surat tawaran kerja jangan didamba kereta Audi kesukaan kau kalau asyik mengeluh dibibir. Sekarang kerja memang perlu skill, nak bercerita pasal skill aku juga punya skill. Tapi waktu majikan kau membelek fail biru yang kau beri diatas meja, kau boleh baca apa yang difikirkan. Kau pun waktu itu didada berdengup kencang menanti jawapan untuk menabur bakti disitu. Orang kata untung sabut timbul untung batu tenggelam. Takdir hidup ini kadang kau perit nak dikunyah ini kan pula kau telan. Betul, hidup kau bukan mati disitu, mati saat tak diterima kerja, aku faham. Tapi kau lelah. Itu aku pasti. Aku juga merangka masa depan ku, untuk kedua orang tua, mereka yang sedarah sedaging serta yang tersayang. Itu semua perlu masa, walau aku sedikit terkebelakang aku masih makan nasi seperti yang lain. Masih rasa syukur.. Kita kurang yang itu, kita lebih yang ini. Jenuh pujuk hati yang kadangnya rajuk itu menjadi-jadi. Mengada. Kelak bila aku ada insan yang memanggil aku Ibu aku akan didik supaya sekecil itu tahu apa rasa susah apa rasa penat. Tapi bila kau senang kau mampu meleret senyuman tanpa kesal dengan apa yang kau lalui terdahulu. Mudahan begitu. Amin .