Waktu Ini .


Menempek kat rumah sementare tunggu final exam. Banyak jugak yang difikirkan antara kehendak keperluan dan suara hati. Hidup ni kalau dikaji dasar nya cukup mudah, kau bangun tidur kau makan kau membanting tulang empat kerat tu lalu tidur kembali. Bila mana kau rasa nikmatnya hidup ? Saat orang lain menebar topi empat segi mereka, kau masih disitu. Perhati gelak tawa mereka sambil menghitung hari kau. Hari kau boleh berteriak “ aku dah ada ijazah sekarang “ “ aku berjaya jua” sambil memagut bahu uzur kedua ibubapa. Aku masih boleh kesat airmata gembira bila aku juga ada kejayaan sendiri walau tak sebesar mereka. Kadang-kadang lelah mengesat peluh, bukan aku putus asa cuma aku penat bermula dari bawah. “dah abis belaja ? study lagi ? kau degree ke ? . Bodoh ! buang masa ! maaf, bukan menempik kau yang bertanya, tapi pada diri aku. Ya..masalah aku bukan besar nak dicanang kan tapi ini soal masa depan aku, kawan-kawan seangkatan yang aku fikir bukan semua antara kami yang mahu meneruskan mencari ilmu. Tidak apa lah, hal mereka biar mereka susun, susunan aku pun masih harus ditarik dan ditolak menjadi satu. Kadang kala ada waktu bertakung airmata dek kerana aku punya masa itu kunjungnya lewat. Betul aku tak dungu tapi mungkin silap percaturan. Kalau aku pilih jalan itu dulu mungkin senangnya begini kalau pilih jalan sana mungkin tak perlu nafas tersekat seperti sekarang. Aku dah sahabat masing-masing menabur keringat untuk melihat masa hadapan sendiri, kau silap kalau kau fikir hidup aku senang kau silap kalau kau ingat aku bahagia. Tapi ada ketika bila aku berborak dengan kenalan ini dia mengingatkan aku tentang sesuatu. Apa ? Dia bilang “weh aku tengok kau bagus la, dari bawah ambil sijil lepas tu diploma then ada rasa nak degree. Salute kau . Tika itu kau tahu aku rasa apa ? kembang buntut semangkuk. Haha ! kau fikir setiap orang mampu lihat sudut gelap yang kau diami ? tidak ! kalau kau mahu bercerita soal rezeki itu memang aku tidak mampu sangkalkan. Betul sama sekali tapi jangan didamba kerja atas kerusi empuk kalau kau hanya mengangkang setiap hari tunggu surat tawaran kerja jangan didamba kereta Audi kesukaan kau kalau asyik mengeluh dibibir. Sekarang kerja memang perlu skill, nak bercerita pasal skill aku juga punya skill. Tapi waktu majikan kau membelek fail biru yang kau beri diatas meja, kau boleh baca apa yang difikirkan. Kau pun waktu itu didada berdengup kencang menanti jawapan untuk menabur bakti disitu. Orang kata untung sabut timbul untung batu tenggelam. Takdir hidup ini kadang kau perit nak dikunyah ini kan pula kau telan. Betul, hidup kau bukan mati disitu, mati saat tak diterima kerja, aku faham. Tapi kau lelah. Itu aku pasti. Aku juga merangka masa depan ku, untuk kedua orang tua, mereka yang sedarah sedaging serta yang tersayang. Itu semua perlu masa, walau aku sedikit terkebelakang aku masih makan nasi seperti yang lain. Masih rasa syukur.. Kita kurang yang itu, kita lebih yang ini. Jenuh pujuk hati yang kadangnya rajuk itu menjadi-jadi. Mengada. Kelak bila aku ada insan yang memanggil aku Ibu aku akan didik supaya sekecil itu tahu apa rasa susah apa rasa penat. Tapi bila kau senang kau mampu meleret senyuman tanpa kesal dengan apa yang kau lalui terdahulu. Mudahan begitu. Amin .

2 comments:

YanaYunu said...

Salam Yaya. Hope ur doing well. Rasa terpanggil utk komen bile baca ur post ni. :)
Dear Yaya..
Success is out there for all us. Yg berbeza cuma rezeki..ada yg cepat. ada yg lambat.
Cepat x bererti berjaya..lambat x bererti gagal. Apa yg penting..knowing what u want in life. Usah peduli apa orang kata..kata2 orang yg tiada di sisi tatkala kita bersusah payah, bersengkang mata demi menimba sekelumit ilmu.
Keep pursuing ur dreams dear. Set your targets..up high in the sky..for it will guide u. Tanpa 'target', kita akan hilang..lost. Jgn risau jika yg dicita tidak tercapai. Pasti ada jalan lain. In life, we must always have plan B, C etc. Sama konsepnya kalau kita dah set nak pegi Nilai dari Melawati, kita akan plan jalan mana kita nak ikut. MRR2? Kalau traffic jam, nak ikut mana? MEX? PLUS? :) May you achieve your dreams dear. Saya doakan dari jauh. And believe me.. satu hari nanti..bila awak dah berjaya..duduk di kerusi empuk..u will just sit back in silence..and will feel grateful for what you have gone through. All the hardships, sweats n tears..have shaped the successful person u have become. :)
Jaga diri. Jaga peribadi. Hormat org lain sebelum kita ingin dhormati. Walau setinggi mana ilmu, jgn sesekali meninggi diri.
Take care always. I hope JPH PMS will always be in your heart.
Love.
Miss Madam Liyana. :)

miss YAYA said...

salam miss..ya Rasul sy baru prasan komen miss..lps update ni tak bukak dah hihi . tanks byk2 ye miss..sy akn igt semua..biase la kdg2 ni bkn ape luahan hati..emosi lebih..skrg sy pun dok cari kje..result alhamdulillah :) sy rindu semua psl JPH ! :p anything i will let u know..thanks again ! missing u :'(